top of page

Kenaikan kos haji akibat peningkatan taraf hidup di Arab Saudi



Oleh: Fiza Halim


Tidak adil sesetengah pihak menuduh Kerajaan Madani gaga mengawal kos mengerjakan haji terutama pagi golongan B40 di negara ini.


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kenaikan kos haji sebenarnya berpunca daripada peningkatan taraf hidup di Arab Saudi dan kenaikan kos bahan api, bukannya ditentukan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).


Beliau menjelaskan bahawa kenaikan tersebut mengambil kira beberapa faktor, termasuk kos pengangkutan dan keadaan ekonomi yang semakin meningkat di negara tersebut.


"Kos haji ini tidak ditentukan oleh TH, ia bergantung kepada faktor kenaikan harga bahan api, naik kapal terbang minyak naik maka kos akan naik.


"Kedua, taraf hidup di Arab Saudi, ekonomi mereka semakin berkembang dan ia melibatkan pelbagai faktor termasuk kos sewaan, pengangkutan (bas) dan sebagainya, dan itu semua di luar kawalan kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Dr Mujahid merupakan mantan Menteri Agama pada era Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 berkata bahawa pada tahun 2009 kos haji adalah sekitar RM12,000. Namun pada tahun 2018 dan 2019, kos tersebut meningkat menjadi RM22,000.


Kemudian, pada tahun 2020, akibat pandemik Covid-19 katanya, kos melonjak kepada RM33,000.


Hal itu, tegas beliau, menunjukkan kenaikan kos bukanlah disebabkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi lebih kepada faktor ekonomi kerana pada 2020 sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional memerintah pun kos naik, dan TH tidak mampu melakukan apa apa.


"Arab Saudi mengenakan yuran yang tinggi, dan saya tidak faham mengapa ada yang berfikiran sempit dengan menunding jari kepada PH tanpa melihat keseluruhan situasi.


"Ketika pemerintahan Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan, kos haji telah meningkat kepada RM33,000 tanpa sebarang tindakan untuk mengawalnya.


"Pada masa itu, mereka tidak menyalahkan PN atas kenaikan kos ini," ujarnya lagi.


Kos mengerjakan haji menjadi perbahasan kebelakangan ini apabila beberapa pemimpin pembangkang mendakwa kegagalan TH mengawal kenaikan pada 2019 menyebabkan kos melambung pada hari ini, dan kerajaan tidak lagi mampu memberikan banyak subsidi kepada bakal haji B40 bagi mengekalkan caj minimum sebanyak RM12,000.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page