top of page

Kenaikan insurans perubatan: Bank Negara akan keluar garis panduan



Oleh: Akmal Manaf


Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama bersama Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti kenaikan premium insurans perubatan dan satu garis panduan tegas akan dikeluarkan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, garis panduan tersebut dikeluarkan agar produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) dan pengendali takaful (ITO) mengambil kira beberapa hal.


''Pertama saya nak jelaskan kenaikan premium insurans tersebut adalah berdasarkan threshold yang lebih rendah dalam negara, kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan yang tinggi.


''Walau bagaimanapun, pihak KKM bersama BNM sedang menyelaraskan supaya kenaikan itu dianggap munasabah dan tidak membebankan.


''BNM dan KKM akan menentukan ada kawalan supaya kenaikan itu tidak akan terlalu tinggi dan akan menimbulkan banyak masalah-masalah kepada pesakit dan masalah kepada peningkatan inflasi,'' katanya di Dewan Rakyat, sewaktu sesi Pertanyaan Menteri.


Beliau menjawab pertanyaan Suhaizan Kayat (PH-Pulai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6% tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6%.


Menjelaskan lebih lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membatalkan komitmen kepada beberapa syarikat dan meminta KKM menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan.


"Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India dan China umpamanya yang dikaji dan tidak semestinya terikat dari Amerika atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi.


"Selain itu, garis panduan bagi menstandardkan kos Diagnosis-related group (DRG) juga akan dilaksanakakan bagi mengawal kos yang sebelum ini tidak dilakukan.


"Kita rujuk kepada pakar dan dia tentukan tetapi ada garis panduan yang disebut Diagnosis-related group (DRG) ini tentang apakah munasabah kos untuk MRI atau CT Scan sedemikian yang ditentukan, jadi ini harus dikawal,'' ujarnya.


Langkah lain pula, kata Anwar adalah pengenalan Rakan KKM dengan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga akan dilakukan.


Katanya, pesakit boleh memilih beberapa kemudahan tambahan dengan kos yang minimum, tidak di hospital yang sesak dan tidak di sektor swasta yang kosnya terlalu tinggi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page