top of page

Kenaikan insurans kesihatan: Perluas mySalam sebagai insurans kebangsaan



Kenaikan premium insurans kesihatan yang dihadkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melebihi 10% dialu alukan rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, pengumuman BNM kelmarin tepat pada masanya namun terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang kenaikan insurans kesihatan dalam jangka panjang.


Kata beliau, tiba masanya kerajaan serius untuk mengkaji penggunaan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) bagi mengukur dengan tepat sistem bayaran penjagaan kesihatan negara.


"Saya menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menpercepatkan kajian mengenai keberkesanan penggunaan model diagnosis (DRG) kebangsaan. Model ini bukan sahaja berpotensi meningkatkan ketelusan dalam sistem perubatan dan mencegah caj berlebihan, malah ia juga dapat mengurangkan beban pesakit serta mengawal tekanan kos premium insurans yang tinggi.


"Kedua, langkah diumumkan oleh Bank Negara disambut baik tetapi persoalannya adakah ia mampu menangani isu kenaikan kos perubatan secara menyeluruh.


"Dengan ini saya mengesyorkan agar kerajaan dan BNM melakukan semakan tahunan terhadap keadaan ekonomi semasa sebelum membenarkan syarikat insurans menaikkan premium. Ini penting untuk memastikan rakyat tidak tertekan dengan kenaikan kos perubatan dan premium insurans yang membebankan kewangan mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN menyarankan langkah radikal agar kerajaan mempertimbangkan untuk melaksanakan insurans kesihatan kebangsaan secara memperluaskan program mySalam yang diwujudkan sejak 2018 kepada golongan M40, daripada golongan B40 sebelum ini.


"Saya menggesa kerajaan agar mempertimbangkan untuk mengekalkan program mySalam sebagai insurans kesihatan nasional yang menyeluruh.


"Pada masa sama, skop penerima manfaatnya perlu diperluaskan daripada kumpulan B40 kepada M40.


"Langkah ini dapat membantu rakyat, khususnya golongan M40 yang mungkin tidak mampu menanggung kos premium insurans komersial tetapi masih memerlukan perlindungan insurans.


"Sebagai wakil rakyat, saya akan terus memperjuangkan isu-isu berkaitan kesejahteraan rakyat termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan yang adil dan mampu milik," katanya lagi.


Sebelum ini, timbul isu premium insurans perubatan yang tinggi berikutan pengenaan caj oleh hospital swasta yan di luar kemampuan golongan M40.


Situasi tersebut dibimbangi akan menyebabkan golongan tersebut yang pada waktu ini melanggan insurans kesihatan tidak lagi mampu melakukannya, dan beralih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang telah sedia sesak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page