top of page

Kenaikan insurans kesihatan: Ada syarikat benar kenaikan 30% - Jimmy Puah



Kenaikan premium insurans kesihatan yang menjadi tajuk perbincangan utama kebelakangan ini masih belum selesai biarpun Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu lalu menetapkan kenaikan premium tidak melebihi 10%, meskipun kos rawatan di hospital meningkat.


Bagi Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, BNM seharusnya mengawasi dengan ketat syarikat insurans kerana semalam beliau menerima aduan seorang penduduk di kawasannya telah mendapat notis kenaikan premium yang melebihi 10%.

Jimmy Puah Wee Tse

"Hari ini saya terima satu aduan daripada seorang pencarum mengenai kenaikan harga takafulnya yang naik mendadak sehingga mencecah 30% berkuatkuasa Februari 2025 melalui emel daripada syarikat syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) kepada beliau bertarikh 27/12/2024.


"Kenaikan ini nyata tidak selari dengan arahan BNM yang hanya membenarkan kenaikan tidak melebihi 10% sehingga akhir tahun 2026 melalui kenyataan Gabenor BNM pada 20/12/2024.


"Tindakan ini bukan sahaja melanggar arahan yang telah ditetapkan, malah turut memberikan tekanan kewangan yang besar kepada pencarum," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berharap BNM tidak hanya membuat pengumuman tetapi tegas melaksanakan tindakan penguatkuasaan agar tiada syarikat insurans yang berani melanggar arahan bank pusat itu.


"Saya menyeru pihak BNM segera mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat insuran dan takaful yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak berpatutan.


"Kesejahteraan pengguna perlu menjadi keutamaan dan sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan perlu ditangani dengan serius," katanya lagi.


Kenaikan premium insurans kesihatan telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru dalam perbahasan di Dewan Rakyat sejak sebulan lalu yang menatijahkan tindakan segera BNM dalam mengawal isu itu.


Sebelumnya, terdapat laporan bahawa premium dinaikkan 40% - 70% dan menyukarkan golongan M40 untuk terus melanggan insurans kesihatan.


Keadaan itu dikhuatiri akan menyebabkan golongan pertengahan itu beralih ke kemudahan hospital kerajaan yang telah sedia sesak untuk mendapatkan rawatan perubatan keluarga.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page