top of page

Kemunculan AMANAH tepat, lawan fahaman takfiri, pelampau



Kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mencecah usia 9 tahun amat tepat di tengah tengah gelombang fahaman pelampau takfiri yang ditanam oleh ahli politik pembangkang dalam kalangan masyarakat Melayu - Islam.


Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, fahaman takfiri yang bermula sejak era gerakan khawarij di Semenanjung Arab dan mempunyai manhaj politik memerangi Khalifah Saidina Ali juga Muawiyah kira kira 1,400 tahun lalu, kini mula dijadikan arus perdana politik di Malaysia.


Kata Mohamad, idealogi takfiri tenggelam timbul dalam sejarah tamadun Islam dan bergilir menguasai arus politik apabila kerajaan Islam lemah.


"Fahaman ini naik dan turun sepanjang sejarah Islam. Apabila kuasa Islam kuat, sama ada di zaman Uthmaniyah atau Moghul memerintah India, atau di zaman Fatimiyah memerintah utara Afrika, kumpulan takfiri ini agak tenggelam. Tetapi ia tetap ada.


"Abad terdekat dengan kita, bila berlaku revolusi Iran tahun 1979, selepas kemenangan itu Imam Khomeini menyebut revolusi Iran tidak sempurna selagi Palestin tidak dibebaskan.


"(Maka) kita melihat suasana ini (kebangkitan Islam) dibendung (bagi mengelak kehancuran Israel) oleh kuasa imperialis Barat dengan berbilion ringgit, mereka memulakan serangan perbezaan mazhab. Bahaya Syiah muncul dalam kuliah di Malaysia, di Timur Tengah, di Eropah dan di mana ada umat Islam


"Akhirnya benih kebencian ini melahirkan kumpulan takfiri yang menyebabkan hampir mengusai Iraq (pada 2017). Gerakan mereka (ISIS) hanya 30 km sahaja nak sampai ke (ibu kota) Baghdad tetapi kebangkitan rakyat Iraq yang bergabung semua fahaman berjaya menyekat takfiri itu, walaupun mereka telah mengisytiharkan negara berpusat di Mosul (utara Iraq) diketuai Abu Bakar al Baghdadi," katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan semalam.


Justeru itu, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, anggota AMANAH seharusnya sedar dan berjuang untuk menghentikan fahaman takfiri di Malaysia.


Fahaman berkenaan, kata Mohamad, yang muncul dengan slogan Islam terancam begitu berjaya mempengaruhi orang Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 dan Pilihan Raya Negeri 2023.


"Sebab itu kita kena awas fahaman takfiri ini. AMANAH wujud pada masa yang tepat. Kita kena lawan takfiri, fahaman melampau.


"Kita lihat pilihanraya 2022, negeri Selangor ada 47 jenis skim kebajikan kepada rakyat. Kita bersyarah mengenai kebajikan dibuat di Selangor, datang serangan Islam terancam .... kalau Anwar PM, Kristian naik, wanita ke sekolah pakai skirt, Cina kuasai keadaan.


"Serangan ini menggamit orang Melayu dan Islam yang menyebabkan PN menang 22 kerusi (DUN Selangor), saya sendiri mengangap PN hanya boleh menang 7 saja.


"Bahang itu juga kita rasai di sebelah utara. Himpunan (kempen) di Permatang Pauh... himpunan ramai tetapi bila kita balik, masjid dikuasai Pas... Mereka jawab serangan kita dan membuat fitnah Islam terancam. Akhirnya bila datang PRU paling mengejutkan, Puteri Reformasi kita kalah di Permatang Pauh.


"Inilah bila fahaman takfiri masuk... tiada hujah. Dia kira Islam terancam kalau undi calon PH," katanya.


Oleh itu, tegas Mohamad, untuk mengubah semula umat Melayu yang telah dihinggapi fahaman Islam terancam itu bukanlah mudah, namun kata beliau, dengan usaha yang konsisten tiada apa yang mustahil dilakukan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page