top of page

Kemudahan asas sekolah pedalaman masih ketinggalan - KEADILAN Sarawak



Majoriti sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak yang meskipun mempunyai kemudahan asas, ia tidak berada pada tahap yang memuaskan malah dalam keadaan serba kekurangaan daripada pelbagai aspek.


Ketua Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Sarawak, Jamila Abdul Basha mendedahkan masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang tidak dibekalkan dengan kemudahan air paip yang bersih.


"Di era millennium kini, masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber air hujan untuk kegunaan harian. Pada musim kemarau, pihak sekolah terpaksa memohon bekalan air bersih daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kuasa elektrik tidak konsisten dan dari masa ke masa menyebabkan pelajar terpaksa hidup dalam kegelapan. Generator dihantar untuk kegunaan pihak sekolah namun kuasa generator tidak mencukupi.


"Walaupun ada bekalan elektrik, ada kalanya bekalan elektrik terputus dan perkara ini secara langsung menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta semua urusan perkeranian. Bagi tenaga pendidik pula masalah elektrik ini merupakan satu cabaran dalam menjalankan tugas harian mereka.


"Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan seperti tenaga pendidik dan kakitangan sekolah, prasarana yang holistik, fasiliti yang lengkap dan utiliti seperti air yang bersih dan selamat digunakan untuk memberi pendidikan yang mampan dan berkualiti," katanya.


Jamila juga berpendapat sekolah-sekolah pedalaman Sarawak masih tidak dapat untuk menyediakan kemudahan internet yang sewajarnya.

.

"Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dalam mengalami transformasi secara digital.


"Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.


"Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya penting bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.


"Malangnya masih banyak sekolah di kawasan pedalaman Sarawak ketinggalan jauh dibelakang kerana masalah capaian internet pada tahap yang mengecewakan. Oleh yang demikian kebanyakan tugasan harian tidak dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.


Justeru, Jamila menggesa kerajaan supaya melakukan pembaharuan terhadap kemudahan asas di sekolah-sekolah tersebut.


"Usaha untuk menambahbaik situasi ini memang sudah dijalankan namun masih pada tahap tidak memuaskan.


"Wajarkan aspek-aspek penting ini dipandang remeh? Tentu sekali tidak. Anak Sarawak di kawasan pedalaman tidak patut dianak tirikan.


"Setiap anak yang kesekolah mempunyai hak utk mendapatkan kemudahan asas yang lengkap. Semoga pihak yang bertanggungjawab peka dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page