top of page

Kempen #tamatdarurat sebahagian dari gerakan besar tolak darurat - Tian Chua



Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, #tolakdarurat yang dilancarkan hari ini bukan satu-satunya organisasi membantah perisytiharan darurat di Malaysia.


Menurutnya terdapat banyak NGO dan parti politik lain yang telah menolak proklamasi itu sejak diisytiharkan pada 11 Januari lalu dan Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah sebahagian daripada gerakan massa tersebut.


"Jawatankuasa ini bukan organisasi tunggal berkempen (tamatkan darurat). Sebahagian besar (juga) diusahakan NGO lain dan ahli politik yang lain. Mereka ada inisiatif masing-masing


"Website ini akan menjadi pemudahcara untuk bawa berita kepada rakyat. Pada masa sama kami menganggap kami adalah sebahagian daripada reaksi yang jauh lebih besar mewakili keseluruhan hasrat masyarakat yang menentang darurat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Tamu, pagi tadi.


Jawatankuasa tolak darurat dalam majlis itu telah melancarkan laman web untuk rakyat menurunkan tandatangan melalui #tamatdarurat.com secara online bagi memudahkan urusan pengumpulan ketika situasi Covid 19 yang menghadkan pergerakan.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page