![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_3ab24e2f4ab847d794ddf535af97bcb4~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_3ab24e2f4ab847d794ddf535af97bcb4~mv2.jpg)
Menjelang Ramadan pada Mac ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan melancarkan Program “Sinar Ramadan” & “Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)”.
Menurut satu kenyataan, kempen peringkat nasional anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang dilancarkan di Kompleks Pendidikan Islam Integratif, SERI ABIM Al-Huda, Gombak itu pada tahun ini telah memasuki tahun ke-19 perlaksanaannya.
"Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan yang mana ABIM dan agensi-agensinya berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.
"Kali ini, ABIM mensasarkan lebih 3,000 penerima bantuan di seluruh negara, bagi meringankan sedikit keperluan kepada keluarga yang memerlukan," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan akan disampaikan dalam bentuk beras dan pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masak, susu, tepung dan bahan-bahan makanan lain bernilai RM80 untuk setiap penerima.
Dalam pada itu, ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan.
Comments