Kempen menyantuni dan menghargai warga emas, menua dengan bermaruah akan digerak ke seluruh negara selepas peluncurannya di Damansara, Selangor hari ini.
Menurut koordinator kempen, Loh Ker Chean, kempen itu akan dianjurkan dengan kerjasama NGO tempatan dan juga pusat khidmat Ahli Parlimen.
Katanya, kempen prihatin warga emas tersebut mengandungi tiga bahagian yang tujuannya membantu sesegera mungkin sekiranya berlaku perkara tidak diingini ke atas warga emas.
"Kempen ini tediri dari 3 elemen, pertama kita akan turun dengan NGO yang berkerjasama. Mereka akan menjemput warga emas datang ke sesi bengkel dan sesi pertama kita buat di Sri Damansara.
"(Warga emas) datang untuk mendengar, kita beri penerangan. Kita ada kit dan risalah mengenai apakah dan berapa jenis penderaan warga emas (yang biasa berlaku).
"Kita ada sesi senaman, aktiviti berkumpulan dan minta peserta isikan kaji selidik
"Terakhir kita akan agih peranti butang panik. Kita akan ajar dan tunjuk macam mana guna butang panik ini. Selepas itu kita akan menyeru peserta warga emas balik rumah tunjuk jiran, anak, menantu supaya mereka faham bunyi minta tolong atau kecemasan," katanya.
Ker Chean turut menunjukan peranti butang kecemasan berkenaan yang akan menjadi alat wajib dibawa warga emas ke mana mana.
"Boleh tarik panic button ini dan bunyinya kuat. Ini kena beritahu jiran jiran, kena demo, tunjuk mereka macam mana siren, supaya kalau jiran dengar mereka tahu warga emas minta tolong.
"Bunyi siren yang bergema menunjukkan kita tak perlu tunggu lagi (untuk menolong). Ini masanya kita perlu menyeru orang awam untuk mengambil berat tentang isu penuaan," katanya.
Setakat ini, ujar Ker Chean, pertubuhan itu akan mengadakan ceramah di beberapa negeri serta memperkenalkan peranti berkenaan di Sarawak, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Terbaik