top of page

Kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak bakal dilancar



Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga bakal dilancarkan dalam masa terdekat bagi menangani isu keselamatan golongan berkenaan di alam siber.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia bagi membanteras jenayah pengantunan kanak-kanak menerusi media sosial selain menyelesaikan isu kanak-kanak di bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial.

"Jadi di sini kita lihat ibu bapa, memang kita faham platform ini banyak mendatangkan manfaat tapi ada juga banyak kemudaratan.


"Harapan saya dengan kempen ini kita akan dapat kumpulkan semua agensi termasuk PDRM, Bank Negara (Malaysia) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi memberi penegasan, apakah langkah yang perlu kita ambil untuk sentiasa menjamin keselamatan diri, anak dan keluarga kita," katanya dipetik.


Fahmi sebelumnya merasmikan Karnival Kita Madani peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada Sabtu.


Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman memaklumkan platform aplikasi WhatsApp dikesan paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak.


April lalu Fahmi mendedahkan kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati bahawa kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial.


Malah jelasnya kebanyakan syarat platform media sosial sememangnya tidak membenarkan golongan di bawah 13 tahun tersebut memiliki akaun media sosial.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page