top of page

Kempen 'Jom Kosong' makin dapat sambutan - Dr Fuziah



Kempen ‘Jom Kosong’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada September lalu semakin mendapat sambutan.


Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri KPDN, Senator Dr Fuziah Salleh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.


"Dua hari lepas Tealive (jenama minuman) melancarkan kempen Jom Kosong mereka dengan KPDN di mana 1,000 outlet terlibat manakala Secret Recipe ada 360 outlet yang terlibat dengan Jom Kosong.


"Di samping itu, ada persatuan lain mengatakan komitmen seperti Sahabat Tomyam Prihatin dan kita menunggu Restoran India Malaysia juga terlibat," katanya dipetik.


Ia sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse sama ada kempen kesedaran mengenai pengurangan penggunaan gula dalam makanan dan minuman itu memberi kesan.


Dr Fuziah ketika pelancaran kempen itu sebelum ini berkata, ia mampu memberikan penjimatan kepada pelanggan dengan pengurangan harga sebanyak 20 sen bagi setiap minuman tanpa gula yang dipesan.


Beliau berharap amalan pengurangan pengambilan gula dalam minuman atau makanan akan menjadi budaya dan gaya hidup baharu dalam masyarakat Malaysia yang selari seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pelaksanaan kempen 'Jom Kosong' melibatkan kerjasama dengan rakan strategik seperti pengusaha restoran, premis makanan dan minuman, serta persatuan seperti Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).


Pada Selasa Fuziah dipetik laporan media berkata, Kempen Jom Kosong menyalurkan 20 sen bagi setiap cawan yang dijual oleh jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, Tealive, kepada Tabung Bantuan Makan Sekolah Tealive.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page