Kempen calon Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berjalan lancar dan diterima baik para pengundi.
Adam telah mengunjungi pelbagai penempatan, pasar dan mengadakan ceramah umum sepanjang seminggu berkempen.
Pada Jumaat lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu mendapat sambutan baik ketika mengedarkan risalah di Peringit dan di Pasar Besar MBMB.
"Di sekitar Peringgit selepas Jumaat, saya disertai Exco AMK Pusat dan Ketua AMK Pasir Gudang, Suria Vengadesh untuk melawat komuniti peniaga dan masyarakat setempat.
"Suria dan kami semua menjelajah ke beberapa kawasan Parlimen zon Selatan dengan bantuan-bantuan logistik termasuk makanan dan minuman untuk sukarelawan," katanya.
Adam juga mendapat sokongan baik daripada jentera KEADILAN yang dipimpin Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd Rafee Ibrahim.
コメント