top of page

Kemerdekaan hasil usaha semua lapisan rakyat - Dr Zaliha



Kemerdekaan yang dikecapi hari ini seharusnya diinsafi sebagai usaha gigih pelbagai kaum menuntut pembebasan dari penjajah British.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, setiap langkah yang dilakukan hari ini pula akan menentukan nasib masa hadapan anak bangsa.


"Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini hasil usaha gigih semua lapisan masyarakat. Manakala setiap langkah yang kita ambil pada hari ini akan menentukan masa depan negara untuk generasi akan datang.


"Selamat Hari Kebangsaan ke-67," katanya.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Manakala bagi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, kemerdekaan boleh disimpulkan dengan ungkapan popular pejuang kemerdekaan, Dr Burhanuddin al Helmy:


'Di atas robohan Kota Melaka

Kita dirikan Jiwa Merdeka

Bersatu-padulah segenap baka

Membela hak keadilan pusaka'.


"Semalam saya singgah di sambutan ambang kemerdekaan di tiga kawasan di Parlimen Setiawangsa: Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Semarak.


"Dalam ucapan saya, saya ulangi kata-kata keramat pejuang kemerdekaan Dr Burhanuddin al Helmy," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.


Kedua dua Menteri mengambil ungkapan Dr Burhanuddin sebagai pembakar semangat dalam catatan di Facebook sempena ulang tahun kemerdekaan ke 67.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page