top of page

Kementerian Sumber Asli perkukuh SOP pengurusan sisa elektronik



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan berkaitan pengurusan sisa elektronik atau e-waste.


Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya memandang serius dakwaan salah laku membabitkan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti didedahkan laporan siasatan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).


"Kementerian menggariskan bahawa usaha itu membabitkan penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur penguatkuasaan, termasuk pemantauan dan penyiasatan yang lebih teliti.


"Menerusi penambahbaikan itu, kementerian berharap penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan.


Sebelum ini, EAIC mengesahkan wujud cubaan oleh pegawai JAS melepaskan kontena dipercayai mengandungi sisa elektronik (e-waste) di Westports, Pelabuhan Klang pada Mei tahun lalu.


EAIC dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dibuat tanpa punca kuasa jelas dan justifikasi yang wajar.


Sementara itu tambah Nik Nazmi, kementerian menekankan kawalan ketat terhadap kemasukan e-waste ke negara ini.


Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha kementerian untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, memperkukuh integriti dan memastikan profesionalisme dalam melindungi alam sekitar selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, serta peraturan antarabangsa seperti Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page