top of page

Kementerian Perumahan tinjau potensi industri landskap



Usaha membangunkan industri landskap bakal diperkasa susulan potensi besar ditunjukkan oleh industri itu sebagai sumber ekonomi baharu negara.


Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, kementeriannya menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport produk landskap.


Kementeriannya menjangkakan peningkatan nilai industri itu kepada hampir RM30 bilion sekali gus menyumbang dua peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


"Sebagai contoh, tahun lalu kita telah pergi ke Arab Saudi di mana pulangannya sangat tinggi apabila kita berjaya mendapat RM150 juta melalui misi perdagangan untuk peniaga dari negara itu membeli produk landskap dari Malaysia.


"Antara produk landskap negara yang diterima baik di luar negara termasuk baja, pokok, bunga dan pelbagai lagi selain perabot taman di mana Malaysia adalah penghasil perabot kesepuluh terbesar di dunia," katanya dipetik.


HLN 2024 bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI' diadakan selama 10 hari bermula semalam hingga 2 Jun ini bertujuan memberi peluang kepada penggiat industri untuk mempamer dan berinteraksi dengan lebih ramai pemegang taruh serta meluaskan jaringan perniagaan dan hubungan antara penggiat industri dan masyarakat.


Berlangsung di Taman Tasik Shah Alam, sambutan HLN 2024 turut menyediakan pelbagai aktiviti dan program menarik serta informatif kepada pengunjung.


Pada acara itu, KPKT turut menamakan satu spesies orkid hibrid baharu sebagai 'Aranda Ibrahim Iskandar' bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


Orkid berwarna oren kemerahan membawa maksud bersemangat, berani, tegas, dalam membuat keputusan, optimis dan berkepimpinan sekali gus menggambarkan keperibadian dan karakter Sultan Ibrahim dalam menaungi pemerintahan negara.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page