top of page

Kementerian Pertanian teliti tubuh badan khusus tingkatkan industri durian


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan penubuhan badan khusus bagi

membangunkan industri durian tempatan.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penubuhan badan seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan dibuat selepas melihat permintaan tinggi hasil tani itu di pasaran antarabangsa, terutamanya dari negara China.


"Sebab itu nak tubuhkan board atau tidak itu cadangan yang baik. Kita akan bincang peringkat kementerian termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya.


"New York Times telah pun buat satu ramalan baharu bahawa durian merupakan tumbuhan ekonomi baru bagi Malaysia, dengan termeterainya perjanjian selepas kita tandatangan General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC) dengan KPKM baru-baru ini," katanya ketika waktu-waktu pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) sama ada kerajaan akan menubuhkan sebuah badan seperti MPOB tetapi untuk pembangunan industri durian di negara ini.


Jelasnya, bermula dari tahun 2021 sehingga Jun lalu sebanyak 79,130 anak pokok durian musang king dan 18,707 anak pokok durian duri hitam telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dengan harga pasaran antara RM35 hingga RM50 sepokok.


Selain itu, Kementeriannya turut mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi memastikan pengeluaran bahan tanaman durian tulen dan berkualiti dengan menugaskan Pegawai Pemeriksa untuk memperakukan anak benih klon yang memenuhi standard ditetapkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page