top of page

Kementerian pertanian sasar eksport orkid meningkat hingga RM4 bilion

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2024
  • 1 min read


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berusaha menjana pendapatan negara termasuk dengan meningkatkan eksport produk pertanian.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha itu termasuk dengan tumpuan khusus kepada komoditi bernilai tinggi seperti orkid.


Justeru pihaknya melalui Jabatan Pertanian menyasarkan nilai eksport orkid negara ditingkatkan hingga RM4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM9.3 juta yang dicatatkan pada 2022.


"Ia (eksport orkid) satu penerokaan pasaran baharu dan satu daripada pendapatan baharu yang akan boleh diusahakan oleh mereka yang terlibat dalam perusahaan orkid ini," katanya dipetik.


Mohamad Sabu sebelumnya hadir ke majlis Flag-off Malaysian Orchid Miracle Mokara ke Radisson BLU Dubai Deira Creek, UAE di Putrajaya pada Jumaat.


Turut hadir Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.


Sementara itu menerusi satu kenyataan Mohamad memaklumkan Jabatan Pertanian telah membangunkan konsep ladang eksport orkid yang dikenali sebagai Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) sejak 2021.

Dengan kerjasama pihak industri seperti ORCHIDMAS, produk nilai tambah orkid Mokara (Golden Gift-box Mokara), yang dikenali sebagai Miracle Mokara telah dibangunkan untuk pasaran premium khususnya rangkaian hotel mewah di Dubai

"Nilai eksport industri florikultur negara yang kini mencecah sekitar RM300 juta setahun dijangka meningkat dengan pembukaan pasaran baharu di negara Timur Tengah seperti UAE, sekali gus memperkukuh sumbangan sektor ini kepada nilai eksport pertanian negara," menurut kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page