top of page

Kementerian Pertanian pastikan bekalan cukup menjelang Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 27
  • 1 min read


Beberapa langkah awal akan dilaksana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KKM) dalam memastikan bekalan makanan mencukupi sekaligus mengelak berlakunya kenaikan harga barangan di pasaran menjelang musim perayaan.


Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dianggar akan membeli 188.89 tan ayam dan 2,486,022 biji telur ayam secara belian terus melalui 42 pusat operasi di seluruh negara bermula bulan ini.


Selain itu, menerusi langkah intervensi pemasaran kelapa tua dengan kerjasama FAMA Corporation Sdn Bhd, syarikat itu dianggar akan membeli 640 tan kelapa tua, selain mengimport 576 tan kelapa dari Indonesia.


"KPKM juga meneruskan dasar membenarkan kemasukan ternakan hidup untuk fidlot dan sembelihan dari negara yang diluluskan untuk import, iaitu Australia dan Thailand.


"Pada masa sama, FAMA membuka pasaran kepada pengeluar bagi memasarkan hasil pertanian terus kepada pengguna, meliputi penjualan sayur, buah dan hasilan ternakan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Beliau sebelumnya ditanyakan mengenai langkah awal yang akan dilaksana kementerian itu memastikan bekalan makanan utama mencukupi menjelang Aidilfitri.


Sementara itu menurut Mohamad, kementeriannya sentiasa memastikan bekalan import seperti cili, tomato dan halia mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna berikutan permintaan tinggi pada bulan sebelum dan bulan perayaan utama di Malaysia.


"Bagi memastikan bekalan makanan itu dapat diakses pengguna, FAMA akan memastikan bekalan turut dijual menerusi premis pemasaran FAMA dan program jualan terus yang dilaksanakan pada harga yang munasabah.


"FAMA juga sedang merangka program jualan pra syawal di premis Pasar Tani dan Jualan Agro Madani seluruh negeri," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page