top of page

Kementerian Pertanian lulus 83 projek setakat September 2024



Oleh: Azuan Ab Rahman


Sebanyak 83 projek berkaitan aktiviti pertanian, ternakan, perikanan dan agro-pelancongan sudah diluluskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Kementerian itu melalui satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Exco-Exco Pertanian Negeri Tahun 2024 dipengerusikan Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu awal minggu ini.


"Mesyuarat ini merupakan platform bagi usaha kolaboratif kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor pertanian negara.


"Melalui inisiatif itu, produktiviti akan ditingkatkan, sistem sokongan dan perkhidmatan akan diperhebat, sumber diurus secara mampan serta pelaburan dan penglibatan sektor swasta akan terus digalakkan.


"Usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh dan merealisasikan agenda keterjaminan bekalan makanan negara, memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat selari dengan agenda Malaysia Madani," kata kenyataan itu.


Melalui kenyataan sama, mesyuarat turut mesyuarat menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri bagi memastikan projek-projek tersebut termasuk pembangunan kapasiti petani, peladang, nelayan dan penternak dapat disempurnakan menjelang penghujung tahun ini.


Mesyuarat diadakan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur itu turut meneliti dan membincangkan sebanyak tiga pembentangan iaitu satu kertas pertimbangan dan dua kertas makluman.


Kertas pertimbangan yang dibentangkan adalah mengenai cadangan transformasi ladang ayam terbuka kepada ladang ayam tertutup.

"Semua ahli mesyuarat bersetuju bahawa transformasi tersebut dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kesan alam sekitar.


"Kerjasama antara kerajaan Persekutuan, negeri, pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemain industri penternakan ayam adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan transformasi industri," tambah KPKM.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page