top of page

Kementerian Pertanian laksana usaha bantu tingkat pendapatan negara



Beberapa langkah sedang dilaksana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam membantu meningkatkan pendapatan negara susulan jangkaan peningkatan terhadap perbelanjaan kerajaan.


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu antaranya dengan berusaha meningkatkan jumlah eksport produk pertanian dan makanan serta penerokaan pasaran baharu di luar negara.

"Kita juga sedangkan menumpukan kepada peningkatan pengeluaran nanas bagi memenuhi permintaan antarabangsa sekitar 4,000 kontena setahun sedangkan kita hanya mampu membekalkan 800 kontena sahaja, sangat rendah berbanding permintaan.


"InshaAllah tahun hadapan kita dijangka dapat mengurangkan import bawang kecil selepas mula sebarkan benih bawang kecil secara besar-besaran," katanya dipetik dalam ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Mesra Rakyat @ Parlimen Kota Raja 2024 di Shah Alam pada Sabtu.


Sementara itu sebagai mengulas Belanjawan 2025, Mohamad menyatakan harapan agar kementerian itu diberikan peruntukan tambahan bagi tujuan menyelesaikan isu saliran dan perparitan kawasan sawah di Sabah sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran padi negara.


Berhubung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, Mohamad berkata pihaknya menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung pada acara yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 22 September itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page