top of page

Kementerian Pendidikan tingkatkan akses, semua perolehi pendidikan berkualiti



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam usaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada semua murid tanpa mengira lokasi, status ekonomi, jantina atau etnik.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah menyediakan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET kepada murid lepasan Tingkatan 3 yang cenderung dalam pelbagai kemahiran di 990 buah institusi KPM di seluruh negara.


Beliau berkata, antara program yang ditawarkan adalah program peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sijil Profesional di kolej KPM.


''Akses kepada pendidikan TVET juga diperluaskan di sekolah menengah teknik melalui mata pelajaran elektif teknikal, dan sekolah menengah kebangsaan melalui Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI).


''Bagi murid berkeperluan pendidikan khas pula, KPM menyediakan akses pendidikan TVET melalui program pendidikan khas integrasi di sekolah menengah kebangsaan dan program vokasional di sekolah menengah pendidikan khas vokasional,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.


Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memaklumkan bahawa penawaran kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh mengutamakan sebanyak 60% murid dalam kalangan keluarga B40.


Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) menyarankan agar kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan termasuk pembelajaran digital yang sama antara bandar dan luar bandar.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page