top of page

Kementerian Pendidikan semai agenda politik: AMK Kedah bidas MB Sanusi



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menyifatkan kenyataan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengaitkan Kementerian Pendidikan seolah olah menyemai agenda politik di sekolah sekolah di negeri itu amat tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.


Begitu juga mengenai dakwaan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang kononnya berkempen politik kepartian dalam sekolah tanpa memberi ruang bagi penjawat awam tersebut membela diri.


Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari berkata, kenyataan pemimpin Pas itu yang membuat dakwaan melulu dan mengaitkan pula nama Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dilihat mencemarkan nama institusi pendidikan tanpa memberi ruang penjawat awam membela diri.


"AMK Kedah ingin mengingatkan MB Kedah bahawa perbuatan beliau menuduh Menteri Pendidikan dan Pengarah JPN Kedah adalah amat bacul dan tidak bertanggungjawab memandangkan orang yang dituduh tidak berada di dalam DUN untuk menjawab tohmahan beliau.


"Sanusi mencabar Pengarah Pendidikan Negeri untuk berlawan di gelanggang DUN sedangkan Pengarah Pendidikan Negeri hanya mematuhi pekeliling Kementerian berkaitan jemputan orang kenamaan di sekolah-sekolah kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Pada masa sama, Taufiq turut mengingatkan Kerajaan Perpaduan berhak mempromosikan dasar atau slogan Malaysia Madani di sekolah melalui apa jua platform memandangkan hal tersebut bukan dasar parti.


"AMK mengambil sikap terbuka menghormati dasar ‘The Greater Kedah’ yang dibawa oleh beliau selaku MB Kedah dan keterbukaan ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai kerjasama.


"Oleh itu, jika beliau ingin rakyat terbuka kepada dasar beliau di peringkat negeri, beliau seharusnya menerima dasar Malaysia Madani sebagai dasar Kerajaan Persekutuan," ujarnya.


Justeru, AMK Kedah menyeru semua pihak menghormati dan menerima dasar rasmi Kerajaan Persekutuan dan juga negeri bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat dapat diutamakan.


"Menjadi harapan kami agar MB Kedah menghormati dasar Kerajaan Persekutuan dan kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri untuk melaksanakan dasar Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page