top of page

Kementerian Pendidikan mahu perluas Baucar Buku Madani kepada guru



Inisiatif Baucar Buku Madani yang diumumkan Kerajaan MADANI pada Mei tahun lalu telah memberi manfaat kepada 3.5 juta orang pelajar.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, sepanjang tahun 2024 ianya telah melibatkan penebusan baucar sebanyak RM286 juta membabitkan 7.8 juta bahan bacaan.


Justeru itu kementeriannya bercadang memperluas inisiatif itu kepada golongan pendidik bermula tahun ini.


"Melihat kepada keupayaan, komitmen kepercayaan dan platform yang telah kita sediakan melalui pemberian baucar, kita berharap kita dapat meluaskan (pemberian baucar) pada tahun ini, maknanya sama ada diteruskan atau ditambah juga baucar untuk guru bagi tahun ini.


"Kita nampak komitmen itu ada, rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya baucar buku ini untuk menebus bahan bacaan yang baik dan ia memberikan kesan langsung kepada budaya membaca dan peningkatan pembacaan kalangan anak-anak kita," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, di Pulau Pinang pada Jumaat.


Dalam pada itu Fadhlina menambah, pihaknya akan membawa cadangan berkenaan kepada jemaah menteri termasuk membentangkan laporan kejayaan pelaksanaan pemberian Baucar Buku Madani pada tahun lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu mengumumkan pemberian baucar buku bernilai kepada murid sekolah rendah bermula Tahun 4, pelajar sekolah menegah dan institusi pendidikan tinggi (IPT).


Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page