top of page

Kementerian Pendidikan berpolitik: 'MB Kedah jangan buat dakwaan melulu' - Nurin



Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan Menteri Besar (MB) Kedah bahawa Kementerian Pendidikan menyemai agenda politik dengan menerapkan dasar Malaysia Madani di sekolah di negeri itu lebih kepada tohmahan melulu.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah berkata, dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin yang mengaitkan nama Menteri Pendidikan dan juga Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah tidak mengejutkan banyak pihak.


Katanya, dakwaan membabitkan kakitangan kerajaan perlulah dengan bukti kukuh agar tidak mewujudkan prejudis rakyat terhadap perkhidmatan awam.


"Kemarahan (dakwaan) perlu ada asas yang benar, bukan semata-mata tuduhan tanpa pembuktian.


"Selaku pemimpin sebuah negeri, saya yakin bahawa adab dan akhlak adalah nilai yang paling tinggi untuk sama-sama kita realisasikan," katanya dalam satu kenyataan.


Kelmarin Sanusi dalam ucapannya mendakwa Kementerian Pendidikan seolah-olah menyemai agenda politik di sekolah ekoran dasar Malaysia Madani yang dibawa Kerajaan Persekutuan diterapkan dalam program program di sekolah.


Malah ADUN Jeneri itu juga mengaitkan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang didakwa memperkenalkan politik kepartian di sekolah tanpa memberi ruang bagi penjawat awam tersebut membela diri.


Menurut Nurin Aina lagi, nilai adab dan keterbukaan amat penting ditunjukkan oleh pemimpin PN Kedah memandangkan Perdana Menteri dan kementerian banyak menyuntik peruntukan serta projek-projek pembangunan untuk memudahkan Kerajaan Negeri membangunkan Kedah.


"Sejumlah RM342,816,591 telah diperuntukkan khusus di Kedah untuk pelaksanaan 68 projek pembinaan semula bangunan daif yang mana 49 telah siap sepenuhnya, 11 masih dalam pembinaan manakala 8 lagi diperingkat prabina.


"Pada tahun 2024 sahaja sebanyak 829 projek penyelenggaraan di 573 institusi pendidikan telah diluluskan bagi memastikan akses terbaik kepada murid. Ini antara pembuktian kesungguhan Menteri meskipun mungkin sering dinafikan oleh sesetengah pihak.


"Cukuplah contoh ini menunjukkan secara jelas adab dan keterbukaan pemimpin dari Kerajaan Persekutuan. Walaupun kejujuran dan kesungguhan ini sering dipertikaikan oleh pimpinan yang tidak sama haluan, namun berlapang dada dan keterbukaan adalah budaya politik matang yang perlu diterjemahkan," katanya lagi.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page