top of page

Kementerian Pendidikan beri cuti guru jaga isteri sakit kanser



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan cuti kepada seorang guru di Sarawak bagi membolehkan beliau bersama-sama isterinya di Semenanjung yang menghidap kanser setelah kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.


Kementerian dalam kenyataan berkata, tindakan segera telah diambil bagi memberikan bantuan kepada guru terbabit.


"KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti yang sedang tular di media sosial.


"Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata, satu pertemuan dengan guru tersebut akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara berbangkit.


"KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara," katanya.


Terdahulu tular di media sosial perkongsian seorang pemilik akaun di Facebook mengenai kisah rakannya dikenali sebagai 'Cikgu Din' yang ditugaskan di sebuah sekolah di Kanowit, Sibu, Sarawak.


Isteri guru tersebut telah disahkan menghidap kanser tulang rawan tahap empat dan terpaksa dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Kelantan.


Bagi membantu menjaga isterinya itu, guru berkenaan terpaksa berulang alik setiap dua minggu sekali setelah permohonannya untuk bertukar ke Semenanjung masih tidak diluluskan oleh KPM atas alasan pertukaran hanya dibuka kepada guru tetap yang melebihi tiga tahun perkhidmatan.


Guru berkenaan dikatakan baru diserap sebagai guru tetap.


"Akhirnya kawan saya sendiri yang terkoban. Mukanya nampak tenang tersenyum. Tapi sebenarnya dia telah disahkan menghidap MDD. Mental Depression Disorder. Di Semenanjung, dia ulang alik ke hospital menemani isterinya. Di Sarawak, dia juga ulang alik ke hospital untuk masalah kesihatannya," jelas perkongsian itu semalam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page