top of page

Kementerian Komunikasi tidak arah tutup ruang komen media sosial



Kementerian Komunikasi menegaskan pihak mereka tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi berita termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menutup ruangan komen di akaun media sosial organisasi tersebut.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, setiap agensi berita termasuk di bawah kementerian berhak membuat sekatan pada ruang komen media sosial mereka berikutan terdapat kes di mahkamah yang menunjukkan terdapat tindakan diambil ke atas ulasan yang melanggar undang-undang.


"Sukacita saya ingatkan... tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021, berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.


"Ini adalah keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dimuat naik, jadi saya sarankan kita sentiasa berhati-hati dengan komen yang dimuat naik, itu menjawab soalan tentang keseimbangan antara kebebasan bersuara dan apa-apa sekatan undang-undang


"Saya tidak pernah arahkan mereka tutup ruangan komen....tidak pernah arahkan TikTok, dan aduan kepada mana-mana platform, orang awam boleh buat aduan dan terpulang kepada platfrom untuk kekal atau turunkan kandungan tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.


Ahmad Fadhli membangkitkan soalan mengenai ruangan komen akaun media sosial agensi berita seperti Bernama yang ditutup dan cara mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber.


Fahmi juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memberikan komen termasuk ketika sesi "live" di platfrom seperti TikTok kerana agensi penguat kuasa berhak mengambil tindakan terhadap komen yang menyalahi undang-undang.


"..semua sesi live ada yang anggap masukkan komen lepas itu boleh hilang, itu tidak betul. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis dapat Kerjasama dengan platform media sosial untuk kenal pasti siapa yang letak komen dalam sesi live," katanya.


Kepada soalan tambahan R. Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai langkah memastikan kawalan kandungan media sosial yang lebih efektif dan dalam pelbagai bahasa, Fahmi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan TikTok.


"Semestinya setiap media platform ada pasukan masing-masing, dari segi pemantauan oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).


"Satu fenomena yang berlaku sekarang, banyak sesi TikTok Live berlaku pada tengah malam, saya meneliti maklumat yang saya terima, dalam kes TikTok Live melibatkan mendiang Rajeswary Appahu, TikTok Live itu berlaku sekitar pukul 3, 4 pagi, jadi memang mod pemantauan itu perlu berubah.


"Dalam perbincangan saya dengan TikTok mereka mengambil serius kejadian ini dan mereka juga sangat-sangat terkesan, mereka dengan segera telah menambah jumlah moderator yang akan teliti termasuk kandungan dan sesi TikTok Live dalam bahasa-bahasa vernakular, termasuk Tamil," katanya.


Media sebelum ini melaporkan pempengaruh TikTok A. Rajeswary atau Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada 5 Julai, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung kes buli siber yang dihadapinya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page