top of page

Kementerian Komunikasi syak gerakan tersusun fitnah kerajaan di media sosial



Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil percaya ada gerakan tersusun didalangi pihak tertentu untuk menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat dengan menyebarkan maklumat palsu di media sosial.


Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini kementeriannya belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci sama ada gerakan itu benar-benar tersusun atau wujudnya perikatan antara mereka yang terlibat.


"Nampaknya ada pihak yang sengaja (wujudkan) sejumlah akaun palsu, mereka buat sebaran untuk menimbulkan rasa ketidaktenteraman dalam masyarakat.


"Saya telah minta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) mengenal pasti dan bekerjasama dengan polis untuk memanggil individu yang dipercayai (terlibat) dalam sebaran maklumat palsu secara tersusun ini untuk dirakam percakapan," katanya dipetik selepas merasmikan majlis sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2024 di Kota Kinabalu pada Jumaat.


Fahmi sebelumnya merujuk isu resit restoran makanan segera tertera perkataan menghina Islam yang tular baru-baru ini.


"Sekurang-kurangnya 15 akaun berbeza didapati menyebarkan gambar resit itu, bagaimanapun hantaran tersebut menggunakan ayat dan ejaan nama syarikat yang salah," jelasnya.


Baru-baru ini tular di media sosial satu hantaran gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di George Town, dengan komen berbaur provokasi hina agama Islam di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.


Domino's Pizza Malaysia dalam satu kenyataan kemudian melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian, susulan kes resit yang tular kerana menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja).


Susulan itu pihak berkuasa polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran tular di media sosial berkaitan resit pesanan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page