top of page

Kementerian Ekonomi usaha tambah baik ekosistem RDCI negara



Kerajaan MADANI sedang berusaha memperbaiki ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, dan inovasi (RDCI) negara.


Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, usaha itu dilaksana melalui kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan memastikan beberapa jurang dalam ekosistem itu ditangani sekaligus meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.


"Yang ini yang diusahakan secara bersama antara Kementerian Ekonomi dan MOSTI.


"Ia telahpun dibincangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Insya-Allah dalam tempoh dua tiga bulan daripada sekarang rancangannya setelah dibawa ke Kabinet (dan selesai), ia akan dilancarkan kepada rakyat pada separuh tahun pertama 2025," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Dewan Perniagaan Dan Pemain Industri (Farmaseutikal & Kimia, Digital, Jentera & Peralatan, Agromakanan), di Putrajaya pada Khamis.


Sesi libat urus yang berlangsung hampir tiga jam itu dihadiri lebih 100 pihak berkepentingan dalam bidang berkaitan yang mengutarakan isu dan cabaran yang dihadapi dan ia dikendalikan oleh Rafizi.


Sementara itu tambahnya, Kementerian Ekonomi juga akan menumpukan penambahbaikan kepada rantaian bekalan dan ketelusan harga dan menskala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang dan bergabung menjadi entiti lebih besar.

"Satu masalah utama dalam negara kita ialah apabila rantaian bekalan itu tidak cekap. Sesuatu hasil itu dibuat di tempat lain, kemudian dia ada kos tambahan untuk bawa ke Kuala Lumpur. Kemudian dihantar sekali lagi ke kawasan itu.

"Sedangkan logiknya kalau rantaian bekalan itu baik, maka orang di Selatan beli hasil dari Selatan jadi dia tidak ada harga logistik yang tinggi dan sebagainya. Tapi perkara ini perlu banyak infrastruktur, data dan juga peraturan yang belum ada," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page