top of page

Kementerian Ekonomi tumpu teknologi hijau bangunkan Terengganu



Pembangunan Terengganu akan difokuskan dalam kerangka teknologi baharu berasaskan teknologi hijau yang mesra alam sekitar.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata demikian usai menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.


Katanya, sebagai Menteri anak Terengganu yang banyak menghabiskan masa di luar dari negeri itu, beliau terpanggil untuk memajukan tanah tumpah darahnya dengan tumpuan kepada teknologi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), industri peralihan tenaga dan membangunkan industri marin.


Katanya, semua itu telah dirangka dan beliau kemukakan kepada Sultan Mizan untuk mendapat pandangan bagi kebaikan rakyat Terengganu.


"(Perancangannya) menggunakan industri CCUS sebagai pemangkin kepada kemasukan pelaburan dalam industri berat ke Terengganu


"Pembangunan industri CCUS (akan ditumpukan) di Kerteh


"Pembangunan industri hijau yang melibatkan Tasik Kenyir dan Kerteh selaras dengan perancangan peralihan tenaga kerana tiga dari projek bertaraf nasional di bawah NETR adalah di Terengganu," katanya dalam catatan di Facebook.


Sementara itu, industri pelancongan pula, kata Rafizi akan ditingkatkan memandangkan Terengganu telah pun menjadi tumpuan pelancong di Pantai Timur sejak sekian lama kerana pantainya yang indah.


Kerajaan juga, kata Rafizi berniat untuk menjadikan Terengganu sebagai salah satu dari bakul makanan utama negara


Antara yang akan dimajukan termasuklah industri marin yang menyediakan tangkapan ikan kerana Terengganu mempunyai pantai di keseluruhan jajaran timur negerinya.


"InsyaAllah, atas bimbingan dan nasihat DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, perancangan-perancangan ini akan dapat dijayakan supaya kebajikan rakyat Terengganu akan terus dijaga," kata Rafizi lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page