top of page

Kementerian Ekonomi perkemas proses sedia ada, elak isu projek sakit



Kementerian Ekonomi akan memperkemaskan proses sedia ada untuk memastikan semua projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berjalan lebih lancar.


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, beberapa pembaharuan khususnya dari aspek saringan penelitian dan kelulusan juga akan dilakukan bagi mengelak kelewatan pelaksanaan selain mengelak lambakan projek sakit.


"Maksudnya daripada peringkat perancangan dan saringan, kita akan menambah baik proses sedia ada bagi tujuan untuk memastikan masalah yang menyebabkan projek lambat (dilaksanakan) ataupun projek sakit dapat dikurangkan.


"Sebagai contoh, sebahagian daripada projek sakit ini selalunya berpunca daripada masalah tanah. semasa kementerian, agensi ataupun kerajaan negeri memohon untuk mendapat kelulusan melaksanakan sesuatu projek dan peruntukan (isu) tanah itu tidak selesai lagi.


"Bila projek sudah lulus dan mula berjalan, kemudian lepas tiga tahun, tanah (sesuai) tidak dijumpai. Jadi itu yang (menyebabkan) jadi projek sakit," katanya dipetik selepas Sesi Libat Urus RMK13 Negeri Sabah Peringkat Persekutuan Bersama Kementerian Ekonomi di Kota Kinabalu pada Khamis.


Rafizi berkata pihaknya juga memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti pemberian peruntukan pelaksanaan projek secara berfasa.


"Bagi projek tertentu, kita bagi belanja (peruntukan) untuk mereka lakukan kajian kebolehlaksanaan atau kerja awalan. Kerja awalan ini bermakna mereka mesti menguruskan supaya (urusan berkaitan) tanah telah selesai.


"Kemudian, baru mohon semula bagi mendapat kelulusan peruntukan untuk meneruskan fasa steterusnya. Sebelum ini tidak ada. Katakanlah kalau memohon untuk buat sekolah akan mohon terus.


"Ada juga pembaharuan yang kita akan perkenalkan. Contohnya syarat untuk projek yang hendak dilaksanakan dan dipohon. Mereka perlu semak dengan bank tanah kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri terlebih dahulu," katanya dipetik.


Sementara itu beliau menyatakan komitmen memastikan jalinan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjadi lebih kukuh dalam usaha memastikan semua projek RMK13 berjalan lancar.


"Seperti yang saya sebutkan, kerajaan negeri dan Persekutuan bersetuju bahawa kita kena bagi fokus untuk memastikan pelaksanaan (projek) ini boleh berjalan dengan lancar," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page