top of page

Kementerian Ekonomi komited jayakan reformasi perkhidmatan awam



Hasrat murni Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi perkhidmatan awam disambut baik Kementerian Ekonomi.


Melalui satu kenyataan kementerian itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama agar hasrat dinyatakan tersebut diterjemahkan di peringkat kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.


"Hasrat Perdana Menteri yang mahu reformasi perkhidmatan awam berjalan dengan penegasan khusus ke atas aspek produktiviti dan kecekapan perkhidmatan, amat dialu-alukan.


"Kerajaan Malaysia komited untuk mereformasi perkhidmatan awam," kata kementerian berkenaan.


Kenyataan itu turut menyatakan keyakinan bahawa penjawat awam sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dan anjakan paradigma dari segi tingkah laku serta pemikiran dengan tujuan meningkatkan daya saing negara.

Perdana menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 pada Jumaat lalu berkata, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember ini, mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan agenda Malaysia MADANI.


Tiga ikhtiar untuk menjayakan reformasi itu tegasnya ialah meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam; meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page