top of page

Kementerian Digital fokus kesedaran ramai tentang AI



Kementerian Digital akan menjadikan kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI) sebagai agenda utama kementerian itu untuk tahun ini.


Menterinya, Gobind Singh Deo berkata program kesedaran yang akan digerakkan menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) bagi memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada penggunaan teknologi digital yang berkembang pesat selain akan menekankan aspek keselamatan siber.


"Kita semua tahu kuasa teknologi adalah sangat penting untuk memastikan anak-anak kita sedar berkaitan dengan apa sebenarnya kuasa teknologi dan bagaimana ia boleh memanfaatkan kehidupan kita.


"Satu daripada aspek yang kita lihat adalah untuk bagaimana kita boleh pastikan bahawa bergerak ke depan, kita dapat memberi maklumat terperinci kepada masyarakat berkenaan dengan apa sebenarnya teknologi AI ini dan bagaimana ia boleh membantu kita dalam kehidupan harian," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan ICT Peringkat Kebangsaan Sekolah-sekolah Tamil, di Cyberjaya pada Sabtu.


Sementara itu jelasnya, Kementerian Digital akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan program kesedaran AI dalam kalangan pelajar.


Kerjasama itu bagi bagi memastikan infrastruktur yang lengkap tersedia di institut pendidikan bagi memastikan proses pembelajaran berkaitan teknologi AI berjalan lancar.


"Saya lihat Kementerian Digital boleh menjadi pengantara bagi institut pelajaran dan kerajaan, bagaimana kita boleh mewujudkan infrastruktur yang diperlukan di institut, sekolah, universiti dan bagaimana kita dapat bekerjasama untuk memastikan bahawa kita dapat mewujudkan satu negara yang celik digital," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page