Kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 kelak amat penting bagi membuktikan perjuangan KEADILAN diterima rakyat Malaysia, terutama di negeri yang dikuasai pembangkang.
Hal itu diungkapkan dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kemaman, Terengganu kelmarin.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Nazri Mohd Yusof, bagi merealisasikan perjalanan ke arah kemenangan tersebut Nik Nazmi berpesan agar gerak kerja jentera dimulakan dari sekarang.
"PRU 16 adalah penting bagi KEADILAN secara khusus kerana kemenangan besar PRU itu menjadi bukti perjuangan KEADILAN selama lebih 25 tahun diterima rakyat Malaysia
"(Pesan Nik Nazmi) semua jentera parti dari peringkat akar umbi sehingga kepimpinan harus bekerja keras mulai sekarang untuk memastikan kemenangan cemerlang KEADILAN bersama rakan rakan komponen dalam PRU 16," kata Nazri yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu.
Selain perasmian MATC, kata beliau, KEADILAN Cabang Kemaman turut memberi sumbangan kepada wakil asnaf serta sumbangan peralatan alat sukan kepada ranting KEADILAN Air Putih dalam majlis tersebut.
Katanya, sumbangan tersebut diberikan bagi menggalakkan kegiatan sukan dalam kalangan anak muda di Ranting Air Putih.
Kommentare