Kemenangan Pengerusi MPN T'ganu: Proses pengukuhan KEADILAN negeri lancar
- Suara Keadilan
- 10 hours ago
- 1 min read

Kemenangan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof dalam Pemilihan KEADILAN peringkat cabang Kemaman semalam membuktikan proses pengukuhan parti di negeri itu berjalan dengan baik.
Menurut satu kenyataan, Nazri mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kemaman semalam dengan memperoleh undi 383 menewaskan pencabar terdekatnya Amir Hamzah Ghazali yang mendapat 370 undi.
"Kemenangan itu membuktikan kerja-kerja beliau bersama pasukannya mengukuhkan KEADILAN di Terengganu berjalan dengan baik," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, proses pengukuhan parti yang telah berjalan sejak Ahmad Nazri memenangi kerusi Ketua Cabang Kemaman pada tahun 2022 diyakini akan diteruskan dan ditambah baik bukan sahaja di cabang itu malah di seluruh Terengganu.
Selain itu, kenyataan itu berkata, proses pemilihan juga telah menyaksikan peratusan keluar mengundi melebihi 70% dan banyak wajah-wajah baharu memenangi jawatan serta muka-muka lama mempertahankan kedudukan.
Dengan keputusan pemilihan itu harapan untuk KEADILAN Kemaman dan Terengganu lebih kukuh dan menyerlah pada Pilihan Raya Umum ke 16 akan diharap dapat direalisasikan.
Comments