top of page

Kemenangan kepada Sock Tao pastikan semak imbang di Hulu Selangor



Pengundi perlu memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini bagi memberikan keseimbangan perwakilan di kawasan Hulu Selangor.


Ketua Penerangan Angkatan Muda HARAPAN, Ammar Atan berkata, kehadiran wakil PH dari Kuala Kubu Baharu di Dewan Undangan Negeri Selangor membolehkan suara rakyat dapat diketengahkan.


"Adalah tersangat wajar untuk pengundi Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Bharu memenangkan seorang wakil Kerajaan Perpaduan pada PRK ini yang menjadi satu-satunya perwakilan Kerajaan Perpaduan di Hulu Selangor iaitu Pang Sock Tao.


"Kemenangan PH akan memberikan impak yang sangat signifikan demi mewujudkan semak dan imbang di kawasan Hulu Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ammar Atan

Ammar berkata rakyat khususnya pengundi di Kuala Kubu Baharu perlu diberikan pendedahan tentang kepentingan semak dan imbang dalam sesebuah pentadbiran.


"Dengan itu isu rakyat dapat disuarakan secara telus di dalam Dewan Undangan Negeri demi kemaslahatan pengundi Kuala Kubu Baharu khususnya," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar rakyat menolak budaya politik lama yang menindas keperluan rakyat dan hanya mengutamakan survival politik peribadi.


"Ketulusan dan integriti seorang wakil rakyat adalah penting dalam menjaga kepentingan masyarakat," ujarnya.


Ketika ini kerusi Parlimen Hulu Selangor dan dua daripada tiga kerusi DUN di bawahnya iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali dikuasai Perikatan Nasional kecuali DUN Kuala Kubu yang dimenangi oleh Lee Kee Hiong dari PH pada pilihan raya negeri 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page