top of page

Kemenangan DUN Mahkota luar biasa, perpaduan PH-BN pada tahap tertinggi



Kemenangan luar biasa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota dengan undi majoriti melebihi 20 ribu menunjukkan keserasian dan kesepaduan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional di tahap terbaik.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, keputusan PRK itu juga menunjukkan penerimaan penuh penyokong kedua dua belah pihak dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan telah dicapai 3 tahun lebih awal daripada jangkaan.


"Saya anggap kemenangan ini sangat manis bagi Kerajaan Perpaduan kerana membuktikan perpaduan di antara BN dan PH berada di tahap yang sangat tinggi


"Saya jangka kita nak dapat balik pengundi BN yang tidak bersetuju dengan PH (sertai Kerajaan Perpaduan), kalau boleh nak dapat balik, saya rasa mahu 3 - 4 tahun lagi. Pengundi PH yang marah (kerana) bersama BN pun ada


"Tetapi gambaran jelas yang ditunjukkan hari ini (PRK) bahawa proses ukhwah antara kedua parti sudah berada di tahap sangat baik (dicapai lebih awal) dan kerjasama (dalam PRK) di tahap yang lebih daripada baik," katanya dalam program "Segmen PERSEPSI AHF News & Media" malam tadi.


Menurut Lokman, terbukti jumlah undi yang diterima oleh calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah dalam PRK Mahkota adalah sama dengan jumlah undi yang diterima oleh calon BN dan PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 bagi DUN sama jika dicampurkan.


Katanya, semalam BN mendapat 27,942 undi. Dengan faktor keluar mengundi lebih rendah daripada 2022 sebanyak 54% berbanding 57% (2022), kata Lokman, sepatutnya BN mendapat sekitar 26 ribu undi sahaja.


"Ini bermakna semua yang undi BN dulu beri ke Syed Hussein, semua yang undi PH dulu beri ke Syed Hussein. Ada ekstra 1,500 undi lagi iaitu atas pagar, pengundi baru, geng dulu undi PN dah undi kita balik," jelasnya.


Mengulas teori pengundi Cina tidak keluar atau boikot mengundi sebagaimana diperkatakan sesetengah pihak, Lokman tidak bersetuju.


Katanya, peratusan pengundi Cina telah dijangkakan berdasarkan trend mengundi mereka dalam PRK sebelum ini.


"Memang dari segi PRK, di Sungai Bakap memang masyarakat Cina kurang nak balik (mengundi). Lebih lagi baru ini, kita ada festival kuih bulan, ibu bapa pun baru lepas bawa anak cuti sekolah, duit dah habis


"Peratus keluar mengundi dalam kalangan Cina seperti yang telah dijangka. Tetapi bila mereka keluar mereka solid with us," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page