Kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota semalam menjadi bukti kukuh bahawa rakyat Johor menerima dan yakin dengan pemerintahan Kerajaan Pepaduan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam perutusan tahniah kepada Syed Hussien Syed Abdullah yang diisytihar menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di DUN Mahkota malam tadi.
"Tahniah kepada saudara Syed Hussien Syed Abdullah dan Barisan Nasional (BN) atas kejayaan luar biasa dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
"Kemenangan besar ini bukti masyarakat DUN Mahkota yakin dengan keberkesanan muafakat kerajaan perpaduan antara pusat dan negeri, pimpinan saudara Onn Hafiz Ghazi," katanya.
Paling penting, tegas Anwar kemenangan di Johor, antara negeri maju di Malaysia menandakan rakyat telah yakin dengan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi yang dibawa Kerajaan Madani.
"Ia juga petanda jelas rakyat terus yakin dengan kerangka dasar dan polisi kerajaan yang menitikberatkan soal ekonomi dan taraf hidup rakyat keseluruhannya," kata Anwar lagi.
Comments