top of page

Kemenangan besar DUN Mahkota isyarat rakyat tolak perbalahan, perkauman



Kemenangan bergaya calon mewakili Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota merupakan isyarat jelas dari rakyat yang mahukan kestabilan politik serta dieratkan hubungan sesama komponen pemerintah.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, tiada guna sebarang pertengkaran atau pertembungan pemimpin UMNO-BN terhadap rakan kongsi dalam Pakatan Harapan (PH) pada masa hadapan selepas kedua duanya pihak telah mendapat keyakinan rakyat.


"Angkatan Muda Keadilan ingin mengucapkan tahniah kepada Syed Hussein Syed Abdullah atas kejayaan memenangi PRK DUN Mahkota dengan majoriti besar sebanyak 20,648 undi.


"Kemenangan ini membuktikan kerjasama yang jitu dalam kalangan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan merupakan kunci kekuatan kita semua.


"Hal ini selari dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan bahawa kemenangan memberangsangkan tidak mungkin dicapai sekiranya mana-mana gabungan bergerak secara bersendirian


"Setiap gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai segmen dan sasaran yang berbeza. Oleh itu, menjadi keutamaan buat kita semua untuk saling bekerjasama dalam meyakinkan akar umbi parti masing-masing untuk menerima dinamik politik baharu ini. Segala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan secara baik dan damai," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, kata Nabil, AMK ingin mengajak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohd Akmal Salleh agar tidak lagi meneruskan taktik perjuangan beliau yang keras terhadap PH terutama DAP.


Katanya, rakyat tidak lagi menginginkan politik lantang bersuara membela satu satu kaum. Sebaliknya kerjasama telah menampakkan hasil yang mengkagumkan, maka tiba masanya semua pihak mengamalkan politik yang lebih toleran.


"AMK ingin mengajak Ketua Pemuda UMNO supaya berpijak di bumi nyata dan tidak bersikap angkuh dengan terus menolak sebarang bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Johor.


"Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan boleh menawarkan keuntungan bersama sekiranya kita benar-benar serius dalam kerjasama ini," katanya lagi.


Perbalahan di antara Dr Akmal dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebelum PRK Mahkota baru baru ini menyebabkan PN mendapat modal kempen yang hampir hampir menyebabkan kaum Cina tidak keluar mengundi.


Bagaimanapun, dengan sokongan padu yang ditunjukkan pengundi PH di DUN Mahkota dan kemenangan luar biasa yang dicapai seharusnya PH dan BN tidak lagi mengamalkan politik 'juara perkauman' demi survival masing masing.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page