top of page

Kembara motorsikal Merdeka 2024 berlepas ke Johor



Pasukan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini dilepaskan di Lembah Pantai untuk menjelajah ke seluruh Selangor dan kemudian ke Johor sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang melepaskan konvoi tersebut pagi tadi berkata, pasukan tersebut membabitkan seramai 90 peserta dan 65 kenderaan, termasuk 50 motosikal berkuasa tinggi dan konvoi itu bakal menjelajah ke 10 negeri di Semenanjung.


Katanya, kembara bermotorsikal tersebut bagi menzahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara yang perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2024.


"Pasukan ini juga terlibat dalam perarakan dan saya lihat semangat mereka kuat. Harapan saya bukan sahaja mereka mengedarkan Jalur Gemilang, tetapi menerapkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat.


"Selesai di peringkat Wilayah Persekutuan, mereka akan hulur baton kepada rakan-rakan di negeri lain pula sehingga habis,” katanya dipetik Sinar Harian pada majlis pelancaran konvoi di Pusat Komuniti Lembah Pantai.


KMJG 2024 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengujakan sambutan Hari Kebangsaan di samping menyediakan aktiviti menarik buat masyarakat.


Antara 10 negeri dijelajah konvoi ialah Selangor, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur.

0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page