top of page

Kembara JOM 2024 berakhir di T'ganu, tugas pasukan diteruskan



Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim mengucapkan penghargaan ke atas perserta yang mengambil bahagian di sepanjang Kembara Jumpa Orang Muda 2024 (JOM 2024) yang dianjurkan oleh Kementerian berkenaan.


Beliau berkata demikian usai sesi JOM 2024 di Terengganu yang merupakan destinasi terakhir kembara.


"Terima kasih kepada anak muda Terengganu! Banyak persoalan yang menyentuh isu-isu anak muda setempat telah disuarakan dan dibincangkan.


"Ini merupakan destinasi terakhir Kembara Jumpa Orang Muda 2024, namun tugas pasukan Kembara JOM tidak terhenti di sini," katanya di aplikasi X.


Tekad Adam Adli, permasalah yang diutarakan anak muda dari setiap negeri akan disemak dan diambil tindakan sewajarnya.


"Setiap permasalahan, cadangan, dan kritikan yang diutarakan akan dibawa ke peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dibincangkan, dan kita akan cari solusi yang sesuai demi manfaat anak muda kita," katanya lagi.


Untuk rekod, sebanyak 25 siri Kembara JOM diadakan di seluruh negara bermula Februari lalu dengan Terengganu menjadi lokasi terakhir program.


Menerusi pertemuan KBS dan anak muda, seramai 22,357 belia menyertai program berkenaan sekali gus melepasi sasaran seramai 19,000 orang sebelum ini.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page