top of page

Kembalikan peranan masjid sebagai pusat tarbiah, ilmu, kemasyarakatan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Umat Islam di negara ini diseru sentiasa menunjukkan teladan yang baik supaya Islam terus dihormati serta dipandang sebagai agama yang hebat.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehebatan Islam bukan datang daripada perbuatan menghina kaum lain atau bersikap angkuh, sebaliknya berdasarkan akhlak dan keperibadian umatnya yang membawa nilai-nilai murni.


"Bagilah contoh teladan yang baik. Islam itu hebat kerana dia tengok contoh kita itu baik..masjid kita paling bersih, indah, kariah kita paling baik peribadinya, anak-anak kita itu cukup terlatih dan cukup disiplin.


"Itu yang menyebabkan orang hormat kita, bukan kerana kita maki orang, angkuh atau hina kaum lain," katanya dipetik dalam ucapan Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di Permatang Pauh pada Sabtu.


Hadir sama, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.


Sementara itu menurut Anwar, masjid perlu kembali memainkan peranan asal sebagai pusat tarbiah, ilmu dan kebajikan kepada masyarakat setempat.


Institusi masjid tegasnya perlu dibangunkan berlandaskan nilai takwa seperti yang digariskan dalam Al-Quran, demi menjamin perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.


"Dalam Al-Quran ada menyebut, ada masjid diasaskan kerana ketakwaan kepada Allah SWT, nilainya murni, membawa perpaduan dalam masyarakat, memahat keimanan, menjaga keharmonian masyarakat.


"Masjid bukan hanya tempat solat tetapi tempat menyantuni fakir miskin, pusat agihan zakat, tempat orang datang mengadu, dan medan untuk menyampaikan ilmu," katanya lagi.


Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah yang terletak di kampung halaman Perdana Menteri itu kini sudah berusia lebih 30 tahun.


Pembinaan semula itu membabitkan kos RM15 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page