Wanita KEADILAN Selangor menyokong penuh tindakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menolak segala tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata untuk terus mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin wajar meletakkan jawatannya kerana jelas beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Justeru, sayap Wanita KEADILAN berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak diberikan mandat untuk memimpin negara.
"Ini memandangkan PH adalah parti yang sebenarnya mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya ke-14. Kami yakin dengan kepimpinan Anwar dan PH, negara kita dapat diselamatkan terutamanya dari pandemik Covid-19 serta memulihkan ekonomi dan kesuburan demokrasi," katanya.
Dalam masa sama, Wanita KEADILAN berpandangan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat harus diutamakan.
"Pergolakan politik yang berterusan akan menyebabkan rakyat terus sengsara dan ekonomi terus lumpuh.
"Maka, dengan pengembalian mandat rakyat, pakatan harapan dibawah kepimpinan Anwar akan mengutamakan agenda rakyat serta menerajui negara ke arah pemulihan dan pembangunan," katanya.
Σχόλια