top of page

Kembali Ke Sekolah edisi kedua KEADILAN Simpang Renggam



KEADILAN Simpang Renggam, Johor sekali lagi menganjurkan pemberian peralatan persekolahan melalui Kembali Ke Sekolah edisi kedua.


Menurut satu kenyataan, atas permintaan penduduk setempat Ketua Cabang Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik telah memberi bantuan beg sekolah ke kawasan Layang Layang, Renggam, Simpang Renggam, Machap, dan Felda Air Hitam.


"Walaupun tidak lagi bergelar Ahli Parlimen, Dr Maszlee yang juga Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam tetap menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu penduduk setempat.


"Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Cabang KEADILAN Simpang Renggam, meskipun berdepan kekangan kewangan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, sebahagian besar penyokong Dr Maszlee menyatakan rasa terima kasih atas usaha beliau yang tidak pernah melupakan Simpang Renggam.


Rata-rata penerima sumbangan menyambut baik inisiatif tersebut dengan anak-anak yang menerima bantuan berasa gembira dan bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page