top of page

‘Keluar caruman KWSP waktu pandemik, fokus tingkat simpanan’- AMK Wilayah



Oleh: Abdullah Zaid


Langkah membenarkan empat kali pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada era pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini mula menunjukkan kesan negatif ekoran hanya 30% sahaja pencarum dengan simpanan RM240,000 yang layak untuk bersara secara bermaruah.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Naqib Nasaruddin berkata, memandangkan situasi ekonomi pada waktu ini lebih baik maka rakyat seharusnya tidak lagi terpengaruh dengan desakan sesetengah pihak mahu mengeluarkan caruman KWSP, sebaliknya pencarum perlu mengumpul kembali simpanan sekiranya penah dikeluarkan pada 2020 - 2022 lalu.


Hal itu katanya, sebagai persediaan untuk pekerja melalui usia tua, apatah lagi Malaysia akan memasuki tahap negara menua dalam sedekad akan datang.

Naqib Nasaruddin

"Negara kini sedang menuju ke arah negara menua. Oleh itu simpanan hari tua melalui KWSP amatlah penting dan mustahak untuk menjamin kehidupan persaraan kelak.


"Namun masih ada pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab yang terus-menerus memainkan isu pengeluaran KWSP dengan alasan-alasan yang tidak kuat.


"Langkah kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran KWSP (selepas berakhirnya pandemik Covid 19) adalah tepat. Juga penting untuk kerajaan dan semua pihak terus menyampaikan mesej secara berterusan kepada pencarum agar mereka memahami yang simpanan KWSP adalah kegunaan pada masa tua," katanya kepada Suara Keadilan.


Sebelum ini, Kosmo! Online pada Isnin melaporkan rata-rata pengguna maya di Facebook mengakui telah tersalah langkah dan menyesal membuat pengeluaran wang menerusi beberapa inisiatif yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.


Tinjauan itu mendapati kebanyakan wang yang dikeluarkan menerusi i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar telah habis digunakan, sekali gus memberi kesan kepada jumlah keseluruhan caruman sedia ada.


Situasi itu, menyebabkan mereka memilih tidak memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera atau Akaun 2 ke Akaun Fleksibel.


Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan menerusi Belanjawan 2023 Kerajaan Madani telah memperuntukan hampir RM1 bilion kepada dua juta pencarum bagi membantu menambah wang persaraan mereka.


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM500 diberikan kepada pencarum berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1.


Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif itu antara ikhtiar kerajaan membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page