top of page

Kelewatan LRA Kedah: Projek sepatutnya siap 56%, bukan 30% - Adam Loh



Oleh: Abdullah Zaid


Kelewatan penyiapan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau di Kedah yang masih tidak dapat disempurnakan dalam tahun ini menyukarkan kehidupan rakyat yang menghadapi gangguan bekalan air di kawasan berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh berkata, jawapan Exco Kedah Mohamad Yusoff@Munir Zakaria pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam yang menyifatkan kelewatan menyiapkan dua LRA itu merupakan sesuatu yang 'biasa' amat mengecewakan.


Katanya, biarpun Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah intervensi bagi melancarkan perjalanan projek Kerajaan Negeri berkenaan namun tahap perkembangan pembinaan masih lagi rendah berbanding capaian yang sepatutnya.


"Kenyataan Exco semalam jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri menyelesaikan LRA Bukit Selambau dan Sungai Limau.


"Contohnya, kemajuan fizikal LRA Bukit Selambau hanya naik 3% sahaja daripada 26% pada Mei lalu sedangkan capaian sepatutnya adalah 56%.


"Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri tidak komited untuk menyelesaikan isu air," kata Adam Loh ketika dihubungi.


Semalam menerusi soalan lisan di DUN Kedah, Adam meminta penjelasan daripada Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga mengenai perkembangan pembinaan dua LRA yang sepatutnya siap pada 2023 lalu.


Bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri memberi jangka waktu dua projek berkenaan akan siap pada tahun 2025, selain berkata kelewatan projek naik taraf bukanlah sesuatu yang luar biasa ekoran pembinaan projek loji kumbahan di Alor Setar juga mengalami nasib sama.


Mengulas lanjut, Adam menyeru projek naik taraf itu disiapkan segera agar gangguan bekalan air tidak terus menjadi mimpi ngeri buat penduduk terjejas.


"Kita berharap Kerajaan Negeri komited menyelesaikan naik taraf LRA untuk menyelesaikan gangguan air terutama di kawasan yang terjejas," katanya lagi.


Untuk rekod, LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau telah diberikan EOT atau tempoh masa tambahan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan dengan dua kali tempoh lanjutan sejak 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page