top of page

Kelantan tidak dianaktiri, peruntukan pembangunan meningkat sekali ganda - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

DS Anwar menyerahkan peruntukan sebanyak RM800,000 bangi menyiapkan Masjid At-Taqwa, Bachok
DS Anwar menyerahkan peruntukan sebanyak RM800,000 bangi menyiapkan Masjid At-Taqwa, Bachok

Peruntukan pembangunan dari Kerajaan Persekutuan di Kelantan meningkat sekali ganda pada tahun ini berbanding dua tahun lalu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, hari ini.


Katanya, sebanyak RM3.19 bilion peruntukan pembangunan disalurkan untuk Kelantan tahun ini yang menyaksikan peningkatan berbanding tahun 2022 berjumlah RM1.55 bilion.


"Peruntukan besar membabitkan 471 projek itu meliputi pelbagai projek infrastruktur utama dan bantuan kepada rakyat di negeri berkenaan.


"Lebih RM1 bilion digunakan untuk pembinaan jalan termasuk meneruskan projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), RM500 juta untuk projek air seperti Loji Rawatan Air Machang, RM100 juta untuk program Rumah Mesra Rakyat dan bantuan rumah.


"Manakala RM50 juta untuk program pekebun kecil di bawah Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)," katanya.


Selain itu, kata beliau, negeri pembangkang lain juga turut diberi peruntukan yang besar meskipun negeri tersebut ditadbir parti berbeza.


Katanya, peningkatan itu membuktikan komitmen Kerajaan Madani memastikan pembangunan di negeri pembangkang tidak dipinggirkan.


"Bukan hanya Kelantan, sebaliknya Terengganu, Kedah dan Perlis turut menyaksikan kenaikan berganda membabitkan peruntukan pembangunan," katanya.


Turut hadir dalam majlis jamuan rakyat tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page