top of page

Kelantan perlu utamakan aspek penyelarasan, koordinasi penyampaian kerajaan



Negeri pembangkang seperti Kelantan seharusnya mengutamakan aspek penyelarasan dan koordinasi bersama Kerajaan Persekutuan dalam memperteguh sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat di negeri itu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dibangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan, yang buat kali pertama kalinya dipengerusikan oleh beliau bersama pimpinan Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.


Di samping itu, Anwar juga membangkitkan isu kemiskinan tegar rakyat Kelantan yang seharusnya diselesaikan pada kadar segera.


PM mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan

"Isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.


"Semasa taklimat, saya telah menekankan kepada Kerajaan Negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan," katanya dalam lawatan sehari ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu semalam.


PM berharap dengan pertemuan itu semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan secara berkesan.


"Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page