top of page

Kelab Debat KEADILAN: Asah bakat, lahir pemimpin masa depan



Oleh: Abdullah Zaid


Kelab Debat KEADILAN yang diasaskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mampu menjadi platform untuk akar umbi mengasah bakat dan membentuk pemikiran selari dengan idealisme parti.


Justeru, koordinator kelab debat, Syamil Luthfi berkata, selain melahirkan pemidato yang berkesan inisiatif itu juga menjadi medan silaturrahmi buat ahli parti mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat dan akrab.

Syamil Luthfi

"Pada umumnya, penubuhan kelab debat ini bukan sahaja melahirkan ahli yang boleh berbahas dan berpidato tetapi juga memberi peluang kepada para anggota parti dan pimpinan pusat untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat melalui program yang dianjurkan.


"Selain itu, kelab debat ini juga menjadi platform untuk menterjemahkan idealisme parti secara jelas kepada anggota parti untuk disampaikan kepada masyarakat," katanya kepada Suara Keadilan.


Menjelas dengan lebih terperinci koordinator program, Shahrul Nizam berkata, setakat ini kelab debat berkenaan telah mengadakan sebanyak dua kali siri latihan debat sejak awal November lalu.

Shahrul Nizam

"Setakat ini kami telah mengadakan dua kali sesi latihan debat iaitu pada 3 dan 19 November yang bertempat di Shah Alam," katanya.


Pada masa sama, Shahrul juga tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan pertandingan debat di antara negeri sebagai galakan


"Buat masa ini, kami masih dalam perbincangan untuk mengadakan pertandingan debat di antara AMK, bergantung kepada sambutan anggota.


"Oleh itu, kami berharap kelab ini dapat melahirkan lebih ramai pemidato-pemidato yang berkualiti bagi melahirkan pemimpin masa hadapan parti yang sama hebat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli," ujarnya lagi.


Pada 25 November lalu, AMK menerusi ketuanya, Adam Adli Abd Halim melancarkan Akademi Keadilan Rakyat (AKAR) sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai pemimpin berkualiti di kalangan sayap pemuda parti itu.


Jelasnya, penganjuran program-program perkaderan dan latihan kepemimpinan antaranya Kelab Debat Keadilan, Training Of Trainer dan Sekolah Angkatan Muda akan diperluaskan seluruh seluruh peringkat negeri.


Inisiatif itu antara lain bagi mempersiapkan pelapis kepemimpinan AMK dengan idealisme yang jelas serta bersesuaian dengan parti.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page