top of page

Kekuatan Malaysia terletak kepada toleransi, keharmonian rakyat



Kekuatan Malaysia dibina di atas sikap toleransi dan saling hormat menghormati antara rakyatnya yang pelbagai kaum.


Oleh itu, bagi ADUN Batu Uban, A Kumaresan, amatlah tidak wajar isu melibatkan kekhilafan beberapa pihak diperbesarkan sehingga menjadi pertentangan antara agama dan kaum.


Katanya, sejak puluhan tahun lalu dunia menghormati Malaysia kerana kepelbagaiannya dan generasi hari ini perlu mempertahankan kerukunan itu.


"Pandangan saya, sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama, kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan kita walaupun berbeza.


"Saya percaya sekiranya kita dapat merapatkan jurang dengan membuka ruang perbincangan, mendengar dengan empati, dan menghormati kepercayaan masing-masing perkara-perkara sensitiviti seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku.


"Dengan saling memahami dan bekerjasama, kita dapat membina masyarakat yang lebih harmoni di mana setiap individu dihargai dan diraikan," katanya satu kenyataan.


Serahan cek kepada wakil masjid dan surau di DUN Batu Uban
Serahan cek kepada wakil masjid dan surau di DUN Batu Uban

Kumaresan berkata begitu dalam muat naik di Facebook beliau berkenaan bantuan Ramadan yang diberikan oleh pihak Pusat Khidmat Kadun Batu Uban baru baru ini.


Bantuan kepada surau dan masjid itu disampaikan oleh Ketua Staf Pusat Khidmat Kadun Batu Uban.


"Ketua Staf Pusat Khidmat Kadun Batu Uban, En Cheah mewakili saya menyerahkan cek bagi program Ramadan di surau dan masjid.


"Ini adalah program rutin saya sempena bulan Ramadan. Kami akan memberikan sumbangan kepada semua surau dan masjid di Kadun Batu Uban yang membuat permohonan melalui Pusat Khidmat," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page