top of page

Kekang penularan Mpox, KKM ketat saringan di pintu sempadan



Kawalan saringan setiap individu di semua pintu masuk sempadan negara dipertingkat bagi mengekang penularan Mpox atau cacar monyet.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah tersebut susulan satu kes melibatkan seorang lelaki dikenal pasti dijangkiti wabak itu baru-baru ini.


"Saringan dilakukan mengikut prosedur termasuk memeriksa suhu badan dan mereka yang disyaki mengalami simptom Mpox akan dibawa untuk menjalani saringan serta pemeriksaan selanjutnya.


"KKM juga turut mengutamakan kesihatan petugas kesihatan dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung vaksin bagi mengekang jangkitan itu," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu.


Mpox diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu susulan penularan virus Clade yang lebih pantas di Republik Demokratik Congo (DRC) dan negara jiran di rantau Afrika.


Kementerian Kesihatan pada minggu lalu mengesahkan satu kes positif Mpox dalam varian Clade II (dua) membabitkan seorang lelaki tempatan


Susulan itu menurut Lukanisman, KKM telah memberi garis panduan cara Mpox boleh menjangkiti kumpulan berisiko jika ada simptom.


Bagaimanapun beliau menggesa masyarakat agar berwaspada memandangkan mpox datang dari luar negara akibat aktiviti berisiko atau bersosial dengan kumpulan melakukan aktiviti kurang sihat atau mereka yang sudah dijangkiti.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page